Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @Nadi
8 September 2025 | Aktiviti Terkini7 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, Program Khas Merdeka & Hari Malaysia 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 pada Ahad, 7 September 2025. Program ini bermula seawal jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan mewarna Merdeka, kuiz Merdeka secara dalam talian, demo penyediaan coffee latte, pertandingan Bento Merdeka, serta pertandingan eSport Mobile Legends.
Selain itu, sesi pembelajaran eKelas Maxis melalui platform DELIMa 2.0 turut diperkenalkan kepada pelajar, manakala jualan booth usahawan menambah lagi kemeriahan program. Program ini turut dimeriahkan dengan sesi siaran langsung bersama YB Menteri Komunikasi.
Para pengunjung juga berpeluang menikmati juadah yang disediakan serta cabutan bertuah yang menambah keceriaan suasana. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada komuniti, di samping mempereratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: